Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi dan juga menghuni di kuala anak sungai kecil.
Kepercayaan bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan lain-lain negeri, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.
Umpan yang boleh digunakan untuk memancing ikan keli.
Ikan keli merupakan sejenis ikan air tawar yang tidak memilih umpan.Banyak pendapat menyatakan bahawa ikan keli paling tertarik dengan umpan cacing, cengkerik dan perut ayam.Pada kebiasaannya untuk ikan keli yang hidup di kolam, cukup dengan menggunakan umpan cacing manakala untuk ikan keli yang hidup di lombong cukup dengan menggunakan cengkerik atau perut ayam. Ikan keli juga suka dengan umpan katak kerana baunya yang cukup hanyir.
Selain daripada umpan-umpan semulajadi,ikan keli juga cukup tertarik dengan umpan buatan.Di bawah merupakan beberapa contoh umpan buatan yang sering digunakan untuk memancing ikan keli di kolam berbayar:-
- Dedak ayam, tepung, udang kering, kerisik dan air. Campur dan gaul kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Sebolehnya gunakkan air kolam yang hendak dipancing dan cuci tangan sebelum menggaul bahan-bahan tersebut supaya hilang bau yang tidak sepatutnya seperti bau rokok, minyak dan sebagainya.
- Perut ayam, limau nipis atau limau kasturi. Cuci perut ayam dan buang lemaknya.Kemudian perah air limau bersama perut ayam tadi.Perap bahan-bahan tersebut selama lebih kurang 8 jam.
Perut ayam dan dedak ayam. Gaul sehingga sebati dan perap selama satu hari.
Kesemua umpan-umpan yang dikongsikan diatas memang sering digunakan oleh pemancing-pemancing ikan keli. Oleh itu cubalah untuk mengetahui hasilnya nanti. Selamat memancing.
Bro... boleh tak masukkan fakta macam Berita Harian? :)
ReplyDelete