Kisah Seram Kaki Pancing

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor.

Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar. Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.
http://generasiperkasa.com/

Ikan Siakap

Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik dan cacing.

Siakap ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya yang memerlukan air payau untuk berkembang.
Spesies ini adalah hermaphroditik turutan kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Ikan Siakap mudah berpindah mendiami sungai dan mudik ke muara dan kuala untuk membiak. Di kawasan jauh dari air tawar populasi air masin mungkin bertapak.
Ikan Siakap amat dihargai oleh pemancing kerana keupayaan melawan. Ikan Siakap dikatakan amat bijak mengelakkan jaring kakal dan paling baik ditangkap dengan joran dan umpan.

Peramut Ikan Tenggiri

40lb Steel wire 49-core 1 kaki panjang, 3 mata kail saiz 3/0, spinner merah, beads dan rerambut.


40lb Steel wire 49-core 1 kaki panjang, 3 mata kail saiz 3/0, mata kail yang ke-2 loose, spinner hijau dan beads.


100lb Mono-filament shock leader 1 kaki panjang, 3 mata kail saiz 3/0, mata kail ke-2 loose, batu ladung.


40lb Steel wire 49-core 1 kaki panjang, 2 mata kail saiz 2/0, spinner merah dan beads.

sumber:- kerapubesar anglers club

Ikan Keli Pak Pandir

Pada suatu hari Pak Pandir dapat habuan beberapa ekor ikan keli ketika memancing di tepi sungai berhampiran rumahnya.
Apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu,sekejap lagi mampos la tu...

Mak Andih: %&*#%$!??

Jangan Memancing Ketika Petir

KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.

Petua kali ini mengajak pemancing berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai cuaca sebelum mereka memancing - sama ada di laut, sungai, tasik, parit atau kolam komersial.

Ketika cuaca kurang baik seperti guruh dan kilat sabung-menyabung, pemancing dinasihatkan tidak meneruskan aktiviti memancing terutama mereka yang menggunakan kekili elektrik berkuasa bateri. Ini kerana dikhuatiri kekili akan disambar petir lalu berlakunya renjatan elektrik.
Keadaan ini boleh membahayakan pemancing, namun ikhtiar perlu dilakukan serta merta dengan melepaskan joran pancing daripada tangan tapi tidaklah dicampak ke laut.

Kumpulan pemancing yang menggelarkan diri mereka ‘Pemburu Ombak’ yang diketuai anak keluarga nelayan, Atan Lintang, pernah mengalami peristiwa disambar petir pada batang joran pancing yang menggunakan kekili elektrik. Mangsa yang terkena renjatan elektrik itu jatuh pengsan, tapi segera dipulihkan rakan pemancing yang berpengalaman. Sehubungan itu, atas beberapa faktor dan demi keselamatan pemancing, pemancing perlu mengelak daripada melakukan aktiviti memancing ketika cuaca guruh dan kilat, biarpun pada ketika itu ikan galak memburu umpan.

Bagi pemancing di darat seperti di tepi tasik, tebing sungai atau lombong, sebaik-baiknya mengelakkan diri daripada berteduh di bawah pokok rendang atau terdedah di tanah lapang kerana dikhuatiri disambar petir.
Oleh Nuri Angkasa

Batang Joran

Joran memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan trip memancing. Ada tiga jenis joran asas yang anda perlu fikir dan peroleh sebagai permulaan hobi anda.

Joran pertama perlu diambil kira ialah pancing pelampung. Ia digunakan khusus melontar umpan yang ringan dengan pelampung bagi mengesan gigitan ikan. Joran ini sesuai pada saiz antara 12 dan 13 kaki (3.4 hingga 4 meter) dengan berat 170 hingga 200 gram.

Pada masa sama, anda mungkin memerlukan joran khas untuk mencari spesies kap atau memancing di sungai seperti bagi pemburuan kelah, sebarau dan spesies seumpamanya.
Untuk kes ini, cari joran 12 kaki (3.6 meter) dengan lengkung yang diuji seberat 700 hingga 800 gram.

Lengkung yang diuji adalah untuk merujuk kekuatan joran berkenaan. Dengan sukatan 800gram, mungkin ini akan menyebabkan joran melentur sehingga 90 darjah.

Ikan Keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi dan juga menghuni di kuala anak sungai kecil.

Kepercayaan bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor dan lain-lain negeri, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.

Umpan yang boleh digunakan untuk memancing ikan keli.

Ikan keli merupakan sejenis ikan air tawar yang tidak memilih umpan.Banyak pendapat menyatakan bahawa ikan keli paling tertarik dengan umpan cacing, cengkerik dan perut ayam.Pada kebiasaannya untuk ikan keli yang hidup di kolam, cukup dengan menggunakan umpan cacing manakala untuk ikan keli yang hidup di lombong cukup dengan menggunakan cengkerik atau perut ayam. Ikan keli juga suka dengan umpan katak kerana baunya yang cukup hanyir.

Selain daripada umpan-umpan semulajadi,ikan keli juga cukup tertarik dengan umpan buatan.Di bawah merupakan beberapa contoh umpan buatan yang sering digunakan untuk memancing ikan keli di kolam berbayar:-

  1. Dedak ayam, tepung, udang kering, kerisik dan air. Campur dan gaul kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Sebolehnya gunakkan air kolam yang hendak dipancing dan cuci tangan sebelum menggaul bahan-bahan tersebut supaya hilang bau yang tidak sepatutnya seperti bau rokok, minyak dan sebagainya.

  2. Perut ayam, limau nipis atau limau kasturi. Cuci perut ayam dan buang lemaknya.Kemudian perah air limau bersama perut ayam tadi.Perap bahan-bahan tersebut selama lebih kurang 8 jam.

    Perut ayam dan dedak ayam. Gaul sehingga sebati dan perap selama satu hari.

    Kesemua umpan-umpan yang dikongsikan diatas memang sering digunakan oleh pemancing-pemancing ikan keli. Oleh itu cubalah untuk mengetahui hasilnya nanti. Selamat memancing.